“
apabila seseorang hakim itu berijtihad kemudian dia betul dalam
ijtihadnya, maka dia memperolehi dua pahala, dan apabila seseorang hakim
itu berijtihad kemudian dia salah dalam ijtihadnya, maka dia beroleh
satu pahala”.
“ jika betul ijtihadnya (hakim),
maka dia memperolehi sepuluh pahala”.
“
Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad) mereka (pada hakikatnya) tidak
beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim dalam perkara yang mereka
perselisihkan, kemudian tidak merasa keberatan dalam hati mereka
terhadap keputusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan
sepenuhnya”.
“
hakim itu terhabagi kepada tiga golongan: dua golongan di dalam neraka
dan satu lagi golongan di dalam syurga. Seorang lelaki yang mengetahui
tentang kebenaran dan menghukum dengannya, maka dia dalam syurga. Dan
seorang lelaki yang menghukum di antara manusia dalam keadaan jahil,
maka dia dalam neraka. Dan seorang hakim yang menyeleweng (daripada
kebenaran) dalam hukumannya, penghakimannya, maka dia dalam neraka".
“..dan
satu lagi golongan di dalam syurga. Seorang lelaki yang mengetahui
tentang kebenaran dan menghukum dengannya, maka dia dalam syurga”.
Johor |
Kedah |
Kelantan |
Wilayah Persekutuan |
Negeri Sembilan |
Pulau Pinang |
Sabah |
Terengganu |
Wilayah Persekutuan |
MAHKAMAH SYARI'AH ?
Mahkamah Syariah ialah institusi kehakiman yang membicarakan serta menjatuhkan hukuman ke atas orang Islam bagi kesalahan sivil dan jenayah agama mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan untuknya.
3 Julai 1996 Mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju cadangan
Penyusunan Semula Mahkamah-Mahkamah Syariah seluruh Malaysia melalui
kaedah-kaedah berikut:
- Tubuhkan JKSM oleh Kerajaan Persekutuan yang diketuai oleh Ketua Hakim Syarie Malaysia juga Ketua Perkhidmatan Gunasama Pegawai Syariah.
- Wujudkan struktur organisasi JKSM.
- Wujudkan empat (4) jawatan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah bagi menimbang semula kes rayuan Mahkamah Rayuan Negeri-negeri dan Wilayah-wilayah.
- Mengekalkan struktur Mahkamah Syariah Negeri-negeri dan Wilayah-wilayah termasuk pentauliahan Ketua Hakim Syarie serta Pegawai-pegawai Syariah.
- Mewujudkan satu Perkhidmatan Gunasama Pegawai Syariah.
- Kerajaan Persekutuan akan membiayai kos Pegawai Syariah.
Undang-undang Syariah adalah undang-undang yang bukan
ciptaan manusia bahkan ia merupakan undang-undang dari Pencipta iaitu Allah
S.w.t yang diperturunkan menerusi Rasul-Nya.
Undang-undang
Syariah adalah undang-undang yang bukan ciptaan manusia bahkan ia
merupakan undang-undang dari Pencipta iaitu Allah S.w.t yang
diperturunkan menerusi Rasul-Nya. Syariah dari segi bahasa membawa
maksud “Jalan yang Lurus” sebagaimana Firman Allah S.w.t di dalam
Al-Quran,“Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu jalan yang
lurus (Syariah) maka hendaklah kamu mengikutnya. Dan jangan sekali-kali
mengikuti nafsu mereka yang tidak mengetahui” (Al-Quran 45:18) Antara
maksudnya juga ialah sebagai ‘saluran air yang mengalir yang menjadi
sumber minuman’. - See more at:
http://www.haluan.org.my/v5/index.php/kaunselor-haluan/view/3-apa-beza-antara-mahkamah-undang-undang-sivil-dan-syariah-di-malaysia#sthash.VjAiHCvo.dpuf
Undang-undang
Syariah adalah undang-undang yang bukan ciptaan manusia bahkan ia
merupakan undang-undang dari Pencipta iaitu Allah S.w.t yang
diperturunkan menerusi Rasul-Nya. Syariah dari segi bahasa membawa
maksud “Jalan yang Lurus” sebagaimana Firman Allah S.w.t di dalam
Al-Quran,“Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu jalan yang
lurus (Syariah) maka hendaklah kamu mengikutnya. Dan jangan sekali-kali
mengikuti nafsu mereka yang tidak mengetahui” (Al-Quran 45:18) Antara
maksudnya juga ialah sebagai ‘saluran air yang mengalir yang menjadi
sumber minuman’. - See more at:
http://www.haluan.org.my/v5/index.php/kaunselor-haluan/view/3-apa-beza-antara-mahkamah-undang-undang-sivil-dan-syariah-di-malaysia#sthash.VjAiHCvo.dpuf
Undang-undang
Syariah adalah undang-undang yang bukan ciptaan manusia bahkan ia
merupakan undang-undang dari Pencipta iaitu Allah S.w.t yang
diperturunkan menerusi Rasul-Nya. Syariah dari segi bahasa membawa
maksud “Jalan yang Lurus” sebagaimana Firman Allah S.w.t di dalam
Al-Quran,“Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu jalan yang
lurus (Syariah) maka hendaklah kamu mengikutnya. Dan jangan sekali-kali
mengikuti nafsu mereka yang tidak mengetahui” (Al-Quran 45:18) Antara
maksudnya juga ialah sebagai ‘saluran air yang mengalir yang menjadi
sumber minuman’. - See more at:
http://www.haluan.org.my/v5/index.php/kaunselor-haluan/view/3-apa-beza-antara-mahkamah-undang-undang-sivil-dan-syariah-di-malaysia#sthash.VjAiHCvo.dpuf
KEDUDUKAN MAHKAMAH SYARI'AH
- Mahkamah Syariah negeri ditubuhkan mengikut Enakmen Undang-undang Pentadbiran Islam negeri.
- Mahkamah Syariah hanya membicarakan kes sivil dan kes jenayah bagi orang-orang Islam.
TUJUAN DAN PERANAN MAHKAMAH SYARI'AH KEPADA NEGARA
BIDANG KUASA MAHKAMAH SYARI'AH
Bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia.
Pindaan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan pada 1988 memberi
Mahkamah Syariah bidang kuasa berasingan daripada mahkamah sivil,
menjadikan Mahkamah Syariah bebas daripada campur tangan mahkamah biasa
dan dianggap setaraf. Kuasa Mahkamah Syariah adalah di bawah enakman negeri.
PELAKSANAAN PENGADILAN
Mahkamah Rendah Syariah
- Membicarakan kes-kes yang diperuntukkan oleh enakmen negeri
- Mendengar dan memutuskan kes-kes tersebut
- Menyediakan kertas-kertas keputusan dan laporan mahkamah
- bicarakan kes-kes di peringkat daerah.
Mahkamah Tinggi Syariah
- Membicarakan kes-kes yang diperuntukkan kepadanya
- Mengeluarkan perintah kes-kes sivil dan jenayah
- Menyelesaikan dan mengesahkan kes-kes faraid
- Menguruskan kes-kes rayuan
- Menyediakan jurnal mahkamah untuk diterbitkan (bagi sesetengah negeri)
Mahkamah Rayuan Syariah
- Bertugas untuk mendengar kes-kes rayuan
- Mempunyai kuasa pembatalan mana-mana sabitan hukuman oleh Mahkamah Syariah
- Mengurangkan hukuman
- Memerintah supaya diadakan pembicaraan semula atau ulang bicara
- Menerima rayuan responden yang dihukum penjara atau denda tidak kurang RM25.00 dan telah membuat rayuan mengikut prosedur yang telah ditetapkan
- Setiap rayuan akan didengar sekurang-kurangnya oleh tiga orang panel(hakim) rayuan daripada Panel(hakim) Rayuan Syariah yang dilantik dan ditaulaiha oleh KDYMM Sultan*(Ketua Hakim adalah Pengerusi Panel Rayuan Syariah)Keputusan mahkamah adalah muktamad dan sah.
Perlembagaan Malaysia 1965
Kuasa Mahkamah Syariah yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia 1965 adalah seperti berikut:
- Boleh membicara dan menghukum dengan hukuman penjara atau denda ke atas orang Islam sahaja
- Denda tidak melebihi RM1000.00 sahaja atau
- 6 bulan penjara atau
- Gabungan kedua-duanya (denda dan penjara)
Perlembagaan Malaysia 1984
Kuasa Mahkamah Syariah yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia 1984 dengan pindaan adalah seperti berikut:
- Boleh membicara dan menghukum dengan hukuman penjara atau denda ke atas orang Islam sahaja
- Denda tidak melebihi RM5000.00 sahaja atau
- 3 tahun penjara atau
- Hukuman rotan tidak melebihi daripada enam kali sebatan atau
- Gabungan ketiga-tiganya (denda, penjara dan rotan)
Rotan Berpandukan Islam :
- Muka dan kawasan-kawasan merbahaya seperti perut dan kemaluan hendaklah dielakkan.
- Alatan merotan hendaklah dipastikan tidak memudharatkan. Justeru rotan adalah alat yang paling sesuai.
- Merotan bukan dengan tujuan mendera. Di dalam al-Quran digunakan perkataan ijlidu untuk merujuk kepada merotan. Ijlidu berasal daripada perkataan jaldun yang bermaksud kulit. Mengikut fakta sains, kulit adalah deria yang dapat merasai kesakitan. Justeru had merotan hanyalah sehingga pesalah merasai pedih-pedih sahaja.
- Merotan boleh dikenakan di khalayak ramai apabila melibatkan kes berat. Hal ini diqiaskan kepada hukuman had zina. Ia bukan bertujuan memalukan tetapi lebih kepada peringatan dan amaran kepada orang lain.
Ciri penting perundangan Islam
Perundangan Islam adalah salah satu cabang syariat. Syariat Islam sendiri mempunyai
ciri-ciri tersendiri yang sekaligus mewarnai Perundangan Islam (Mahkamah Syari'ah).
1. Rabbaniyyah atau syariah itu datangnya dari Allah.
- Semua prinsip dan hukumnya bersih dari segala bentuk kezaliman, kelemahan dan menurut hawa nafsu kerana penciptanya iaitu Allah mempunyai sifat kesempurnaan mutlak.
- Hukum syarak mempunyai kehebatan dan kehormatan dalam jiwa.
2. Balasan duniawi dan ukhrawi.
- Pihak kerajaan/negara menjatuhkan hukuman berdasarkan perbuatan jenayah yang dilakukan demi kestabilan negara, masyarakat dan keluarga. Balasan ukhrawi pula melibatkan hati dan anggota zahir. Ia menjadikan seseorang menjaga dirinya dari melakukan jenayah walaupun berada keseorangan.
3. Alamiyyah dan umumiyyah.
- Syariah Islam menjadi rahmat kepada seluruh alam, meliputi seluruh manusia, tempat, masa. Ia bersifat sejagat tanpa batas geografi dan lain-lain.
4. Kekal
- Ia tidak boleh dibatal, terbatal atau mengalami perubahan. Ia dibina berdasarkan membawa kemaslahatan dan menolak kerosakan. Prinsip syariah dan tabiat hukumnya yang rigid dan fleksibel menjamin kekalnya syariah. Prinsip seperti syura, saksama dan keadilan adalah prinsip yang kekal untuk dipegang.
5. Syumul.
- Ia mencakupi seluruh aspek kehidupan tanpa kecuali.
Piagam Pelanggan
- Memastikan 80 peratus kes-kes Mahkamah Rayuan Syariah diselesaikan dalam tempoh 6 bulan selepas didaftarkan di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.
- Memastikan pembinaan Arahan Amalan dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh persetujuan Jawatankuasa Kerja Arahan Amalan.
- Memastikan sekurang-kurangnya 80 peratus Pegawai Syariah menghadiri 3 kursus teras dalam tempoh 1 tahun dari tarikh pelantikan.
- Memastikan peperiksaan perkhidmatan di bawah Skim Perkhidmatan Pegawai Syariah untuk tujuan pengesahan jawatan dilaksanakan sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
- Memastikan bil/tuntutan yang lengkap, dibayar dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan oleh Unit Kewangan.
- Memastikan wang pendahuluan dana Sokongan Keluarga dibayar dalam tempoh 7 hari dari tarikh kelulusan Jawatankuasa Amanah Sokongan Keluarga.
- Memastikan maklum balas terhadap aduan berkaitan aplikasi sistem dan peralatan ICT diberikan dalam tempoh 2 hari bekerja dari tarikh aduan.
- Memastikan kajian/penyelidikan jangka pendek diselesaikan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh arahan dikeluarkan.
- Memastikan maklum balas awal terhadap pertanyaan dan aduan pelanggan disediakan dalam tempoh 3 hari bekerja.
- Memastikan Jurnal Hukum diterbitkan sekurang-kurangnya 4 kali setahun.
lima (5) perkara yang sangat penting yang perlu
dititikberatkan dalam kehidupan umat manusia seperti :-
- Menjaga Agama
- Menjaga Nyawa
- Menjaga Keturunan
- Menjaga Harta
~~ Namun
dari segi perlaksanaan, kita di Malaysia adalah tertakluk dan menerimapakai
Undang-undang Perlembagaan Malaysia yang menjadi teras dan dasar perundangan
utama.
Dengan
pindaan tersebut, maka perkara-perkara di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah
adalah tertakluk sepenuhnya di bawah bidang kuasanya sendiri dan hak eksklusif
yang diberikan tersebut tidak memungkinkan Mahkamah Sivil campur tangan.
Enakmen-enakmen Negeri di Malaysia telah menentukan perkara-perkara berikut
menjadi bidang kuasa Mahkamah Syariah sepenuhnya, iaitu :-
PERKARA-PERKARA MAL (SIVIL) MAHKAMAH SYARIAH
PERKARA-PERKARA MAL (SIVIL) MAHKAMAH SYARIAH
- Pertunangan, nikah cerai, membatalkan nikah atau perceraian atau pembubaran nikah kehakiman.
- Tuntutan ke atas hartabenda atau pemberian harta benda yang berbangkit daripada perkara (a) di atas.
- Nafkah orang-orang di bawah tanggungan, anak yang sah, penjagaan atau pemeliharaan anak-anak.
- Perkara lain yang diberi kuasa tadbir kepadanya oleh mana-mana undang-undang yang berkanun.
- Kesalahan-kesalahan matrimoni seperti menganiaya isteri dan tidak taat kepada suami.
- Kesalahan-kesalahan berhubungan dengan hubungan tidah sah di sisi syarak seperti persetubuhan haram, sumbang mahram pelacuran dan khalwat.
- Kesalahan-kesalahan berkaitan dengan aspek ibadah dan iman seperti tidak sembahyang Jumaat, tidak berpuasa dan tidak membayar zakat dan fitrah.
- Kesalahan-kesalahan menjual dan membeli minuman keras.
- Kesalahan berhubung dengan pertukaran agama iaitu tidak melaporkan, mendaftar masuk atau keluar dari agama Islam dan kesalahan berkaitan pengambilan anak angkat.
- Lain-lain jenis kesalahan selain daripada kategori di atas.mahkamah-undang-undang-sivil-dan-syariah-di-malaysia.
Kesimpulan
Jika
dilihat dari segi perlaksanaan perundangan Syariah di Malaysia, boleh dikatakan
bahawa perlaksanaannya masih terbatas dan belum menyeluruh. Malahan pihak berkuasa kebanyakkannya menggunakan kuasa yang diberi secara salah. Perkara-perkara tidak bermoral yang berlaku dikalangan orang-orang Islam perlu
dibendung mengikut perundangan Syariah yang sebenarnya, sesuai dengan statusnya
sebagai perundangan yang bersifat fitrah dan maha adil, juga untuk memastikan
orang-orang Islam tunduk dan patuh hanya kepada Yang Maha Pencipta.
Mahkamah-mahkamah Syariah di seluruh negara juga berdepan dengan isu perlaksanaan
kuasa yang tidak selaras dan seragam.
Walaubagaimanapun, kami berdoa dan berharap agar kelemahan dan kekurangan perlaksanaan dalam
perundangan Syariah di negara kita dapat dipertingkatkan dari masa ke semasa. Amin ~
No comments:
Post a Comment